Menjadi buah mulut orang ramai mengenai rakaman video seorang perempuan duduk kurang sopan semasa majlis pernikahan di sebuah masjid dan perempuan tersebut adalah pelakon, Janna Nick.

Janna meminta maaf andai ada yang kurang selesa melihat video tersebut kerana video tersebut diambil semasa dia sedang menjalani penggambaran drama.

Berikutan ada komen mengatakan bahawa video tersebut merupakan betul-betul aksi semasa pernikahan, Janna menegaskan bahawa video itu ada waktu sebelum penggambaran bermula dan ketika beliau sedang merehatkan badan nak menyelesakan diri.

Sekarang sudah terjawab persoalan netizen mengenai video yang tular di media sosial. Nasihat kepada netizen di luar sana, kurang-kurangkanlah bergosip.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group