Aidil Aziz, pelakon, baru-baru ini terlibat dalam kontroversi yang membabitkan beliau dan Fasha Sandha bercinta dan beliau mengatakan bahawa beliau tidak menolak jika Fasha Sandha merupakan jodoh beliau.

Beliau tidak mempedulikan komen-komen negatif dan pertikaian mengenai hubungan mereka, malah beliau mengharapkan doa yang baik-baik dari orang di luar sana.

Doakan yang baik2 aje.😊👍 #dontjudgeabookbyitscover

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on

Aidil mengakui yang beliau selesa berkawan rapat dengan Fasha kerana beliau melihat Fasha sebagai seorang wanita yang baik, berfikiran positif dan sentiasa menyuntik kata semangat untuk beliau terus menggapai citi-citanya.

Jika ditakdirkan mereka bertemu jodoh, beliau menerimanya dan beliau bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Kepada orang ramai di luar sana, doa yang baik-baik sahaja untuk Aidil dan Fasha. Jika berjodoh, pasti akan bersatu jua.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group