Kini, tular cabaran yang baru yang menjadi ikutan iaitu #DeleAlliChallenge yang merupakan cabaran dimana individu perlu membengkokkan jari dan tangan yang diletakkan pada mata.

Berikutan cabaran yang tular yang dilakukan oleh rata-rata netizen, PU Azman tampil memberi respon beliau mengenai cabaran tersebut.

PU Azman memberikan penjelasan beliau mengenai maksud yang tersirat berkaitan #DeleAlliChallenge menerusi video yang dimuat naik beliau di laman Instagram beliau.

Beliau menjelaskan melakukan cabaran jari tersebut bukanlah seperti netizen faham yang mengatakan sesiapa yang melakukan cabaran tersebut adalah seseorang yang mengikuti dajjal.

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen respon mereka di ruangan komen di Instagram PU Azman.

“Dajjal ni bukan kepercayaan Kristian ke ostad? Ostad ni Kristian ka?”

“amek iktibar. deep mksud dia 😌 “

“T.kasih ustaz,satu peringatan diantara sekian bnyk kelalaian.moga Allah pelihara ustaz”

“banyak khilaf para ulama.hang dah blaja hadis lama kah?dah jadi ulama hadis kah?dah baca syarah pasal hadis tu kah?jangan meletak hukum jika anda belom betul² belajar dengan guru yang arif.mintak maaf hanya menegur”

Untuk pengetahuan semua, #DeleAlliChallenge adalah inspirasi daripada seorang pemain bola sepak dari pasukan Tottenham, yang bernama Dele yang melakukan bengkokan jari pada mata itu apabila beliau berjaya menjaringkan gol dan bergambar bersama peminat dengan gaya tersebut dan setelah itu ia mulai tular di kalangan orang ramai.

👁

A post shared by Dele (@dele) on

Sedikit perkongsian pengikut yang telah melakukan cabaran #DeleAlliChallenge.

deleallichalleng

 

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group