Dalam tempoh hanya 24 jam, trailer rasmi filem seram Munafik 2 telah berjaya meraih lebih 2 juta tontonan di laman Facebook dan YouTube.

Pengarah dan pelakon Syamsul Yusoff menzahirkan rasa syukur atas sokongan dan penerimaan positif daripada peminat filem seram bukan hanya di Malaysia tetapi juga negara jiran, Indonesia.

Trailer tersebut telah berjaya mencatat lebih 80,000 tontonan di Youtube dan mencecah 2 juta tontonan di Facebook menunjukkan sambutan yang luar biasa dari para peminat.

Filem tersebut bakal menemui penonton di Malaysia, Singapora dan Brunei pada 30 Ogos depayang bakal menghantui anda yang menontonnya.

Bagi anda yang dah menonton trailer tersebut, jangan lupa untuk menyaksikan filem itu apabila ditayangkan di pawagam terdekat anda. Pastinya anda tidak mahu ketinggalan menyaksikan filem yang dinanti-nantikan ini.

Kepada sesiapa yang belum lagi menyaksikan trailer filem Munafik 2, mari kita tonton bersama!

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group