Pada petang semalam, terjadi satu fenomena ketika hujan lebat yang membasahi negara dan peristiwa petir dan guruh kuat menjadi bualan netizen.

Malam 310718 #kilat #malam #hujan #iphone7 #sunway #bandarsunway #petir

A post shared by AKlaOdak (@aklaodak2) on

38052298_10210183584140948_4528810720325795840_n

Respon netizen

Kejadian tersebut juga turut disaksikan oleh Pencetus Ummah Amin dan mendapat reaksi dan respon hebat darpada beliau. Berikutan kejadian tersebut, PU Amin telah memberi kata-kata yang tersirat dan penuh makna kepada umat Islam pada masa kini melalui laman Facebook beliau.

“Perasan tak tadi? geng yang duduk area cyberjaya hingga kawasan puchong pasti terasa. Semacam bunyi kereta api melintasi sesuatu kawasan. Kuat juga, ingat aku sorang je perasan. Kebetulan hari ni hujan lebat tak berhenti. Ya, mungkin fenomena alam, mungkin juga Tuhan pasang ‘Alarm’..”

Melalui penulisan beliau di Facebook, beliau berkata kemungkinan itu adalah satu petanda daripada Yang Maha Esa dan menasihati kepada semua agar berhenti untuk sentiasa melakukan kemungkaran di bumi Allah ini.

“Sesuatu bakal berlaku. Aku pesan, berhentilah sekejap buat benda bukan bukan, korang boleh marah aku, tapi korang tak dapat nak marah Allah. Sampaikan pesanan ini pada semua. Petanda Tuhan itu pasti.”

Dari sudut sains, dentuman guruh beberapa saat itu dikatakan berpunca daripada fenomena alam, dengan hujan lebat sebenarnya telah melanda beberapa kawasan di ibu kota dan kawasan sekitarnya. Ramalan cuaca yang diterbitkan oleh Jabatan Meteorologi meramalkan beberapa kawasan di beberapa buah negeri akan dilanda hujan lebat dan ribut petir.

Apa pun, sama-samalah kita terima teguran PU Amin ini dan berdoa agar semuanya baik-baik sahaja.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group