Berikutan watak Husna yang menjadi perampas menerusi drama Jangan Benci Cintaku yang dibawa oleh Niena Baharun, dia dikecam oleh netizen.

Walau bagaimanapun, dia mengatakan bahawa dia tidak tertekan dengan kecaman terhadap watak Husna yang dilemparkan oleh netizen kerana ianya hanya dalam drama bukan realiti.

Korang rasa Shah akan datang cari Husna lagi tak? 😥 #janganbencicintaku

A post shared by nienabaharun (@nienabaharun.nb) on

Menurut Niena, watak tersebut memberi pelbagai reaksi dari netizen berikutan watak perampas itu dibawakan oleh pelakon bertudung.

Nampaknya Niena berjaya membawa watak Husna dengan baik berikutan netizen terkesan dengan watak yang dibawanya. Sebagai seorang pelakon, jika watak tersebut memberi pelbagai reaksi dari penonton, ia merupakan satu kejayaan. Syabas Niena!

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group