Cabaran “Keke Challenge” yang semakin tular di kalangan artis di Malaysia yang juga disahut oleh kumpulan Elite iaitu Linda Rafar, Azza dan Sasha Saidin telah mendapat kecaman yang hebat daripada netizen.

Video yang dimuat naik Linda Rafar di laman Instagram beliau mendapat kecaman teruk daripada netizen dan turut membabitkan arwah anak Linda Rafar.

Assalamualaikum.. Salam jumaat🌹 To all my followers.. linda terpaksa jelaskan kenapa n mengapa elite buat kekechallange semalam💥 We all akan buat special project and kekechallange bukan kita sahaja di cabar utk buat dan bukan semua yg buat itu perfect..ada yg lg seksi and ada yg over drp apa yg elite buat… we just do it for fun n xde niat lain.. Kepada nitizen yg pergi comment kutuk elite masih linda bole terima💥 Tapi linda merayu tolong jgn babitkan arwah anak linda #memenahlisyurga dia tidak bersalah n xde kena mengena dgn ini cerita … Tolong jgn nilaikan neraka n syurga seseorang drp penampilannyaa tp sila nilai dgn kebaikkan,kejujuran serta amalan soleh serta kebajikkan yg telah dia lakukan tanpa pengetahuan anda semua🙏🏻 Skali lagi jika ada nitizen yg masih Melibatkan anak syurga linda memang linda xkan balas tp biar allah shj yg membalasnyaa amiin… Allahuakbar💥

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Beliau menjelaskan kenapa kumpulan Elite membuat cabaran “Keke Challenge” tersebut dan memberitahu bahawa kumpulan mereka bakal membuat projek isitimewa.

“Saya terpaksa jelaskan kenapa Elite buat keke challenge semalam. Kami akan buat projek istimewa dan bukan kami sahaja dicabar untuk buat.”

Linda Rafar juga berkata, bukan sahaja mereka yang dicabar untuk melakukan tarian tersebut namun ramai lagi malah ada yang lagi seksi dan melampau daripada apa yang dilakukan kumpulan beliau.

“Ada yang lagi seksi dan melampau dari apa yang Elite buat.”

Linda Rafar meluahkan rasa terkilan beliau setelah arwah anak beliau yang langsung tidak bersalah juga dibabitkan dalam isu ini.

“Kepada netizen yang komen untuk kutuk Elite saya boleh terima tapi jangan libatkan arwah anak saya yang tidak bersalah.”

Pesanan kepada netizen di luar sana, janganlah kalian mengeluarkan isu-isu sensitif dalam kecaman anda sehingga mengguris hati mereka kerana walaubagaimanapun mereka(artis) juga manusia biasa dan tidak lepas dari melakukan kesalahan.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group