Pelakon popular, Maya Karin tidak meletakkan duit sebagai sandaran untuk menerima tawaran berlakon tetapi dia inginkan kepuasan dan watak yang sesuai dengan jiwanya.

Dia mengatakan bahawa dia ada menerima banyak tawaran, tapi dia terpaksa menolak kerana dia berlakon bukan kerana duit.

Eh! July edition. #covergirl

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

Kesilapan lalu menjadikan dia lebih berhati-hati dalam memilih watak kerana bagi dia tiada guna mengejar duit tetapi reputasi dan kredibiliti tidak mampu dipertahankan.

Jika ada naskhah yang baik dan sesuai dengan watak, dia akan menerima watak tersebut, tapi jika naskhah dan watak tidak sesuai, walaupun diberi bayaran yang mahal dia tidak akan menerimanya.

Nampaknya disebabkan watak dan naskhah yang membuatkan Maya Karin jarang muncul dilayar perak. Apa-apa pun betullah kata Maya, jika tidak mampu membawa watak dan naskhah tersebut baik tidak mengambil peluang tersebut.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group