Nabil Ahmad dikecam hebat di Instagram apabila memuat naik gambar menggayakan rantai leher yang khabarnya diperbuat daripada emas tetapi beliau menjelaskan bahawa rantai tersebut bukan diperbuat daripada emas seperti yang didakwa oleh netizen.

Beliau menyangkal dakwaan netizen yang menyatakan beliau memakai rantai leher emas sebaliknya perhiasan tersebut hanyalah aksesori biasa milik isterinya.

Beliau tidak terasa hati dan sedar yang beliau akan mendapat kecaman apabila memuat naik gambar tersebut. Beliau memakai rantai berkenaan hanya untuk tujuan bergambar sahaja.

Pastinya Nabil tahu hukum haram memakai emas oleh orang lelaki. Semoga Nabil bersabar dalam menghadap segala kecaman ini dan kepada netizen diluar sana diharap menerima penjelasan Nabil mengenai aksesori tersebut.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group