Pelakon dan juga pengacara, Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor telah memberi rekasi dan pandangan beliau berkaitan isu selebriti menggayakan barangan jenama palsu.

Neelofa berkata beliau sangat tidak menyokong mahupun bersetuju dengan salah satu akaun Instagram yang mendedahkan selebriti-selebriti yang memakai barangan jenama palsu namun itu tidak bermakna beliau menyokong individu yang memakai barangan jenama palsu.

neelofa_37377958_283640402402158_216391554862940160_n

“Saya tidak menyokong barangan tiruan tetapi saya juga tak menyokong cara pemilik akaun tersebut membongkarkan mereka yang menggunakan barangan tiruan dengan cara yang tidak sepatutnya, ia agak memalukan.”

Beliau juga berpandangan setiap individu tidak kira selebriti mahupun orang biasa haruslah membuka mata dan tidak sepatutnya menyokong barangan jenama palsu kerana itu dikira tidak menghormati hak cipta seseorang dan turut berpesan kepada diri sendiri kerana beliau juga mempunyai perniagaan sendiri.

“Bagi saya, sudah tiba masanya untuk semua pihak membuka mata dan memberi perhatian terhadap isu ini.Perkara yang melibatkan hak cipta merupakan satu isu yang sangat serius.”

“Saya juga mempunyai bisnes hijab dan sering berdepan dengan isu sebegini.Jadi, kita kena mendidik pengguna agar membuka mata dan tidak memandang isu ini sebagai sesuatu yang remeh.”

Neelofa berkata lagi, sekiranya beliau menginginkan sesuatu pasti beliau akan berusaha sehingga dapat memilik sesuatu barangan dan tiada istilah barangan gred A mahupun B kerana ia masih tetap barangan tiruan.

“Saya sentiasa terapkan dalam diri, jika teringin untuk memiliki sesuatu barangan berjenama itu, motivasikan diri untuk bekerja keras dan mengumpul duit agar dapat memilikinya.”

“Tiada istilah kena beli barangan Gred A atau Gred B kerana ia tetap tiruan. Saya tak mahu gunakan alasan tak mampu untuk membeli barangan yang tidak sepatutnya.”

Dinasihatkan kepada semua individu supaya tidak terus-terusan menyokong barangan tiruan dengan membeli barangan tersebut walaupun sesuatu barangan itu sangat murah dan berpatutan.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group