Pelakon, Sharifah Sakinah atau nama sebenar Sharifah Sakinah Binti Syed Abu Bakar Al-Khaired yang terkenal dengan perangai bersahaja dan terus terang beliau itu sering kali dikecam netizen dengan setiap perkara yang dilakukan beliau.

Baru-baru ini, beliau telah memuat naik sekeping foto di laman Instagram milik beliau telah mendapat kecaman netizen apabila foto yang dimuat naik beliau kelihatan agak seksi.

🧚‍♂️

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Rata-rata netizen meninggalkan komen mengenai pemakaian beliau dan ada juga yang mengaitkan soal ibu dan bapa beliau.

“Salah satu punca ibubapa susah nak masuk syurga apabila anak-anak tidak menutup aurat.”

“Ya Allah…. Non Muslim Girl..”

“Dunia dah akhir zaman.”

Sebelum ini, beliau telah hangat dikecam dek kerana dianggap mempermainkan agama Islam dalam lakonan beliau dalam telemovie Bini Aku Dari Neraka dan tidak kurang pula dengan sikap beliau yang tidak menjaga status beliau sebagai seorang ibu dan isteri apabila isu berkaitan beliau dan Remy Ishak namun semua itu telah diperjelaskan beliau sebab dan kenapa beliau bersikap begitu.

Di harap Sharifah Sakinah lebih peka selepas ini dengan apa yang hendak dilakukan beliau supaya tidak terus mendapat kecaman daripada netizen.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group