Filem Qhaliq tidak mendapat sambutan setelah tayangan selama tujuh hari di pawagam-pawagam tempatan walaupun pelakon Hairul Azreen yang mempunyai 3.1 juta pengikut di Instagram dan 245,000 pengikut di Twitter menjadi pelakon utama dalam filem tersebut.

Filem tersebut mula ditayangkan pada 14 Jun lepas dan filem tersebut hanya mengutip sebanyak RM 14,196.50 merujuk laman sesawang Perbadanan Kemajuan Perfileman Malaysia (FINAS).

Menjadi seorang selebriti yang mempunyai pengikut yang ramai tidak menjamin dapat menarik penonton untuk menyaksikan filem dipawagam. Namun Hairul tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya dalam filem ini kerana dari segi marketing pun, seperti ada tak ada sahaja. Jadinya, orang pun tak tahu filem ini sedang ditayangkan di pawagam.

Kutipan yang kurang memberansangkan ini menjadi tanda tanya, selebriti yang mempunyai pengikut di sosial media yang banyak, memberikan kesan kepada kejayaan sesuatu filem itu atau tidak. Jika dilihat melalui kegagalan filem ini, mungkin naskhah atau factok promosi yang tidak membantu kejayaan filem tersebut.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group