Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan juga ahli Parlimen Muar,Johor dikhabarkan mempunyai hubungan dengan salah seorang cucu Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir.

Sebelum ini, beliau turut digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Emma Maembong, pelakon drama ‘Awak Suka Saya Tak?’. Namun kedua-duanya menafikan hubungan yang diperkatakan netizen.

syed saddiq

Terbaru, Syed Saddiq dikatakan mempunyai hubungan dengan salah satu cucu Perdana Menteri namun beliau juga menafikan hal tersebut dan berkata sekarang terlalu banyak gosip berkaitan beliau sehingga ada yang mengatakan beliau sudah pun bertunang.

“Ada tular mesej berhubung perkara itu dan ia tidak benar. Cerita itu memang tidak benar,” katanya kepada pemberita di Kementerian Belia dan Sukan, (KBS), Putrajaya hari ini.

Buat masa ini, status Syed Saddiq mungkin single but not available. Berikutan gosip-gosip yang tular mengenai beliau, biarlah beliau sendiri yang memutuskan dengan siapa beliau mahu bercinta. Doa yang baik-baik sahaja ya?

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group