Pendakwah bebas, PU Amin memuat naik gambar di laman Instagram beliau yang merupakan satu entri yang meminta netizen untuk bersama-sama beliau menghentikan gejala ‘songsang’ yang makin berleluasa.

Beliau mengatakan melalui catatan di gambar tersebut dan mengajak netizen untuk bermula sekarang untuk menghentikan gejala songsang ini kerana jika hanya dengan usaha beliau seorang, gejala ini takkan boleh dibendung.

Beliau juga mengatakan cara untuk berdepan kemungkaran iaitu dengan tangan dimana kita harus memboikot, lisan iaitu nasihat secara terang-terangan dan hati dengan membenci amalan songsang.

Dulu amalan songsang ini seperti pantang dalam masyarakat di Malaysia, akan tetapi sekarang ianya seperti perkara yang biasa. Sebagai seseorang yang beragama Islam, kita wajib membanteras golongan yang mengamalkan amalan songsang ini.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group