Usahawan kosmetik, Safiey Illias telah memuat naik kenyataan beliau di laman Instagram berkaitan hubungan beliau dan ‘kekasih’ beliau yang dikenali sebagai Syah telah pun berakhir.

Beliau menyatakan bahawa netizen di luar sudah boleh berhenti mengaitkan beliau dengan Syah lagi kerana mereka berdua sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi dan penulisan di kapsyen Instagram beliau, “PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI” itu telah mendapat perhatian daripada netizen.

Rata-rata netizen seakan menyindir beliau di ruangan komen dan ada juga menganggap itu salah satu strategi untuk mempromosikan produk beliau, setelah melihat coretan daripada usahawan kosmetik itu.

“Kata mmg takde pape , kata mmg takkan sampai ke jenjang pelamin , sebab tahu status diri sendiri , kata sedar diri .”

“Hahahha nk kene boikot mcm2 mnx perhatian ek.. belakon la…”

“drama je lebih nih…nk bgi up follower…. hmmm…sape yg prcya tu i dont know how to say lah…. please stop making this life like a drama sinetron yaaaa….yee kan baru balik dri indonesia.”

“Status breakup siap tag nama ex. 😂😂 strategy sgt ni bg ex byk followers. Senang hidup buat paid review je. Chehhhh.”

Namun, lain pula reaksi daripada Kak Sajat kita yang memberi sokongan dan kata semangat kepada Safiey Illias.

safieyillias94_36655694_1107948449359257_8614249278035984384_n

Diharapkan Safiey Illias bersabar dan meneruskan kerja bisnes beliau seperti biasa tanpa mempedulikan kata-kata netizen.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group