Baru-baru ini, Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berjumpa dengan Safiey Illiyas setelah berbulan-bulan merancang untuk berjumpa tapi baru sahaja diberikan kesempatan untuk berjumpa.

Perkongsian perjumpaan antara Safiey Ilias dan Ustaz Ebit Lew dikongsikan di dalam Live Facebook dan Ustaz Ebit Lew memberi nasihat kepada Safiey Ilias.

Dalam video tersebut kelihatan Safiey Ilias menangis dan menurutnya, jika beliau berhijrah lagi, orang ramai akan beranggapan beliau mahu membuat gimik untuk melariskan produknya. Tetapi Ustaz Ebit menasihatkan Safiey untuk tidak bersedih dengan tanggapan itu dan berubah dengan niat untuk kembali mendekati Allah.

Video live berkenaan telah mendapat tontonan 500,000 views setakat ini. Semoga dengan pertemuan ini akan membuka hati Safiey Ilias untuk berusaha berubah kembali kepada fitrahnya iaitu lelaki.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group