Scha al-Yahya, nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air baru-baru ini dikecam oleh orang ramai berikutan perkongsian gambar beliau menunjukkan potongan rambut baru beliau yang kelihatan tidak terurus dan pelik di laman sosial Instagram menimbulkan rasa kecewa beliau apabila netizen turut mengata anak beliau.

Beliau mengatakan bahawa beliau boleh menerima jika netizen ingin mengutuk beliau akan tetapi beliau mengatakan jangan sesekali menyentuh perihal anak beliau kerana anak beliau masih kecil dan beliau dah lali dengan segala kecaman netizen jadinya beliau tidak kisah jika netizen ingin mengecam beliau.

First Eid in @jakeltextile #schaalyahyaxjakel

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Scha berasa agak kesal kerana segelintir orang yang memberi komen negatif ini dari kalangan remaja dan budak-budak, dan beliau menasihati kepada ibu bapa diluar sana untuk memantau pergerakan anak-anak mereka agar mereka tidak sewenang-wenangnya menggunakan laman sosial sebagai platform untuk mengecam orang dan menyebarkan kebenciaan.

Beliau juga mengatakan bahawa beliau boleh menerima semua pendapat, akan tetapi beliau mengharapkan orang yang memberikan komen akan komen secara berhemah kerana setiap tutur kata melambangkan kepribadian kita.

Kepada orang ramai diluar sana, berhemah lah dalam menggunakan laman sosial yang ada ini, laman sosial ini dicipta untuk memudahkan kita berhubung dengan orang, janganlah kita menyalahgunakan ia.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group