Penyanyi Daiyan Trisha sebelum ini pernah dikecam teruk netizen berkaitan adegan yang tidak sesuai dilakonkan dalam drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia namun beliau tidak mudah melatah dan menganggap itu sebagai pengalaman baru yang bermakna buat beliau.

daiyantrisha_36550526_614688322249351_6954525145784385536_n

Sebelum ini, beliau juga pernah membintangi telefilem yang bertajuk Dee dan itu merupakan lakonan pertama beliau dalam bidang lakonan namun pengalaman itu sangat berbeza berbanding drama Sejuta Rasa Buat Adelia ini.

“Ya, saya memang pernah membintangi beberapa karya yang bersiaran di Astro Ceria dan memegang watak heroin, tetapi itu satu ketika dahulu.”

Beliau yang digandingkan dengan Aliff Aziz itu berkata, ia adalah satu kerjasama yang bagus kerana beliau dapat menimba banyak ilmu lakonan bersama Aliff Aziz.Drama Sejuta Rasa Buat Adelia ini yang menampilkan beliau sebagai heroin sekali lagi membuatkan beliau merasa segalanya serba baru kerana ia sangat berbeza dari lakonan beliau sebelum ini.

daiyantrisha_36732467_1726212514165707_1920040540989030400_n

“Namun, pengalaman itu sangat berbeza berbanding Sejuta Rasa Buat Adelia. Drama bersiri ini menampilkan saya sebagai heroin. Segalanya serba baru bagi saya.”

“Semuanya saya rasakan sebagai pengalaman baru. Saya banyak menimba ilmu di set penggambaran dan tidak berhenti mempelajari sesuatu yang baru.”

Beliau berterima kasih kerana dapat bekerjasama dengan produksi Sejuta Rasa Buat Adelia kerana beliau mendapat banyak ilmu dan perkara baru sepanjang menjalankan rakaman bersama produksi tersebut.daiyantrisha_37002566_1773978836011870_6968385065378119680_nSaksikan Sejuta Rasa Buat Adelia yang ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria (HD) setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam yang menampilkan hero dan heroin, Aliff Aziz dan Daiyan Trisha dan turut dibantu oleh Elvina Mohamad, Adam Lee, Vicha dan ramai lagi.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group