Zarina Zainuddin mendedahkan kisah perkahwinan selama 25 tahun antara dia dan suaminya Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua bukan atas dasar cinta tapi simpati.

Walaupun Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor iaitu madunya memberikan keizinan untuk suami bermadu namun ketika itu dia sedar hati seorang wanita lain hancur berderai ketika dia mencipta bahagia berkahwin waktu itu.

13 julai 1993 tarikh keramat saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki dan menjadi isteri keduanya..saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berderai.. walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka disaat saya baru mengejar bahagia..perkahwinan dalam usia saya 22 tahun..saat itu saya cuma katakan padanya saya takde sesiapa kakak hidup saya macam lalang ditiup angin kekiri kekiri lah saya ditiup angin kekanan kekananlah saya..kalau kakak izinkan saya kawin ,Allhamdulilah dengan izinnya..kawinlah saya nun jauh di seberang sana ..selepas 3 bulan kawin suami saya berkata pada saya..abang kawin dengan ina sebab abang kesian saja ,kakak lah segala galanya dalam hidup abang lepas kawin baru abang sedar absng lebih perlukan dia..kalau ina nak cinta cinta ni tak ada..kalau sabar adalah nanti..kawinlah saya tampa cinta..dan saya masih ingat lagi kata suami saya abang taknak isteri yang abang keluar ikut depan dia keluar ikut pintu belakang..kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan sabar dan sabar.. Terima kasih abang .. sabar itu separuh dari iman 💕 Semuga ini semua menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua..anda boleh dapat cinta tapi anda tidak akan dapat mengusai cinta..cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja yang lain berserahlah padanya.. #khasuntukmerekayangbermadudiluarsana #sharingiscaringandforgivingallways #ujumpijump Saya pernah buat silap..tapi anak2 ini banyak menyedarkan saya kuasa Allah lebih hebat dari segalanya..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Mengimbau kembali disaat awal perkahwinan mereka, Zarina mengatakan bahawa suaminya lebih mementingkan isteri pertama kerana tiada rasa cinta tapi hanya simpati terhadap dirinya tapi dia tetap bersabar kerana nilai cinta itu mahal dan kini dia bahagia bersama suami dan anak-anaknya.

Benarlah kata Zarina iaitu kita boleh dapat cinta tetapi kita tidak akan dapat menguasai cinta. Cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja untuk berserah.

Semoga perkahwinan Zarina akan bahagia selamanya dan semoga kita semua akan bertemu jodoh dan bahagia di kemudian hari.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group