Pelakon kacak Izzue Islam bulan lalu memberitahu bakal melancarkan produk lain daripada yang lain; pakaian dalam jenamanya sendiri iaitu IzzuExclusive yang akan dijual pada bulan Mei.

Namun tidak terduga oleh Izzue sendiri apabila seluar boxer yang beliau lancarkan itu laku keras dan habis terjual dalam masa 3 hari sahaja. Corak seluar boxer Izzue ini juga unik dan ada sebab ianya sold out.

Namun, Izzue sendiri tidak menyangka rupanya ramai yang menantikan pakaian dalam tersebut dan ‘boxer’ keluarannya yang baru dilancarkan pada awal bulan ini sudah habis terjual dalam tempoh tiga hari sahaja.

“Saya langsung tidak sangka dapat sambutan sebegini kerana pada awal buat sikit sahaja kerana fikirkan sambutan biasa-biasa saja. Apatah lagi, ‘boxer’ adalah produk bermusim dan selalunya orang beli selepas setahun atau apabila sudah tidak boleh dipakai,” katanya kepada Harian Metro.

Bukan sahaja boxer, malah baju kurta yang dijual IzzuExclusive sempena Ramadhan ini juga sudah sold out. Murah rezeki Izzue Islam bulan Ramadhan ini. Semoga terus sukses dalam bidang bisnes yang diceburi, Izzue.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group