Seorang rakan yang baik ialah rakan yang membimbing ke arah kebaikan. Begitulah yang dilakukan oleh Sharifah Amani apabila namanya dipetik sebagai rakan baik kepada Dira Abu Zahar oleh seorang pengguna Twiiter. Teguran ini tercetus apabila saudara @HaiccalHazim memetik namanya untuk meminta pandangan mengenai tindakan Dira dalam balasan Tweet terhadap Syed Saddiq.

Sharifah Amani yang terlihat begitu profesional dalam memberi teguran dan menjaga hati sahabat dalam respon tersebut dengan penuh berhemah.

Tweet berterusan apabila Dira seakan ingin mempertahankan tindakannya dengan mempersoalkan adakah dirinya tidak boleh berbuat demikian sebagaimana tindakan sesetengah orang lain. Berikut pula merupakan respon oleh Sharifah Amani.

Pengguna Twitter yang lain kagum dengan tindakan yang diambil oleh Sharifah Amani untuk tidak mengeruhkan suasana dengan tidak berpihak kepada siapa pun malah memberikan pandangan yang membina kepada seorang rakan.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group