Baru-baru ini, Sharifah Sakinah memerli golongan selebriti yang menjual produk kecantikan dengan memperdayakan pelanggan di Insta Story beliau.

Beliau mengatakan isu ini di video yang dimuat naik melalui Insta Story beliau bahawa berniaga itu tidak salah, tetapi apabila berniaga haruslah berlaku jujur dan tidaklah memperdaya pelanggan dengan berkata produk itu bagus tapi sebaliknya.

Playing tourist at @marshamilan’s

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Selain itu, ada segelintir selebriti yang menggunakan jenama antarabangsa tetapi mengeluarkan jenama sendiri dan mengatakan mereka menggunakan produk yang mereka jual itu dengan tujuan melariskan produk tetapi ia kira menipu, ujar Sharifah.

Benar kata Sharifah, sebagai pengguna kita akan percaya apa yang ditunjukkan kepada kita dan kita akan membeli jika ianya bagus tapi sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah membeli produk apabila dah selidik tentang produk tersebut dan tidak mudah percaya akan apa yang di iklankan.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group