Tular isu satu akaun Instagram yang telah mendedahkan selebriti-selebriti yang menggunakan barang berjenama palsu dan isu itu juga telah mendapat reaksi daripada salah seorang selebriti yang tidak asing lagi dalam industri ini iaitu Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz Ahmad baru-baru ini telah menulis di laman Twitter beliau yang menimbulkan persoalan beliau adakah salah sekiranya seorang selebriti itu menggayakan barangan berjenama palsu kerana itu bukan lah satu kesalahan yang mendatangkan dosa.

Rata-rata netizen memberi pandangan mereka mengenai status yang ditulis Sharnaaz Ahmad.Mereka beranggapan perkara itu sama seperti selebriti-selebriti yang memarahi mereka kerana menyokong pembelian CD dan filem cetak rompak dimana seperti netizen tidak menghargai karya mereka sebagai seorang selebriti.

“Macam korang marah org tengok movie cetak rompak la boss. Macamtula konsep dia”

“Minta maaf bang. Statement abang ni seolah-olah menyokong industri cetak rompak. Bukan nak cari salah tapi artis ni Public Figure. Apa yang di pakai jadi ikutan, apa yang di buat jadi bualan. Dari artislah kita dapat didik para peminat buat benda yang betul. Sekadar pandangan…”

“Susah jgk jd bangang kdg2 sharnaaz. Muka bangang, otak bangang. Celah mana yg cerdik kau ni. Lepasni org support brg2 fake naelofar hijab kau suruh bini kau jgn saman pulak. Suruh dia jwb mcmni ‘apa salahnya nak pakai fake bukan dosa besar pun”

Penggayaan jenama palsu oleh selebriti dianggap oleh netizen sebagai selebriti yang tidak juga menghargai dan menghormati hasil usaha sesetengah pereka barangan jenama tersebut.

Apapun, selebriti mahupun netizen tidak perlulah menyokong mana-mana barangan jenama palsu namun kita sebagai manusia tidak perlu juga menghukum seseorang seperti kita langsung tidak melakukan kesilapan.

Ambillah perkara ini sebagai iktibar dan pengajaran dalam melakukan sesuatu perkara.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group