Penyanyi dan Pelakon Siti Nordiana yang sering bergandingan dengan Aliff Satar untuk drama mengatakan projek terakhir kerjasama antara dia dan Aliff untuk 2018 ialah konsert Just Us Aliff Satar & Siti Nordiana di Singapura pada 31 Ogos nanti.

Dia mengatakan bahawa itu merupakan projek terakhir untuk mereka bergandingan bersama menunaikan impian peminat.

Menurut Nana, dia dan Aliff menghormati perasaan peminat tetapi untuk 2018 ini rasanya sudah cukuplah kerjasama mereka untuk tunaikan impian peminat.

Sebagai peminat kita harus memberikan ruang kepada mereka untuk berkarya dan tidak terlalu terikat untuk bergandingan bersama untuk meluaskan lagi kerjaya mereka.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group