Semalam dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penyanyi Deja Moss atau nama sebenarnya Hajah Sharifah Hadijah Wan Moss,45, mengenai keretakan rumah tangganya. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Azfendy Azzuddin Ahmad,39, pada 30 Ogos 2008 kini menunggu tarikh 23 Mei ini untuk lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Beliau mula mengesyaki kecurangan suaminya sejak 2013 lagi berasa amat terkilan. Pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung sejak 27 September 2017 menyebabkan mereka tidak lagi berkomunikasi antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, beliau juga disekat di laman sosial dan telefon menyebabkan hubungan mereka terputus.

Menurut Deja, suaminya memfailkan cerai dengan alasan Deja tidak mampu memberikan zuriat selama 10 tahun perkahwinan mereka. Tambahnya dia sudah berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata namun masih tidak dikurniakan rezeki. Deja mendakwa suaminya itu pernah memberitahu bahawa tidak mengapa jika mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun kini lain pula jadinya.

Apa-apa pun kami doakan yang terbaik untuk beliau.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group