Persoalan tentang status perkahwinan Nazim Othman dan Bella Dally akhirnya terjawab apabila Nazim sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah tidak lagi bersama.

Nazim dengan berat hati mengesahkan perkara berkenaan kerana tidak lagi dapat menyimpan rahsia berkenaan daripada rakan dan keluarga. Nazim turut berkongsi di ruangan Instagram miliknya berkenaan status beliau bersama Bella Dally.

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

“Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini. Sesungguhnya segala keindahan itu datang dari Allah dan semua kekurangan hadir atas kekhilafan kami sebagai manusia biasa. Allah maha mengetahui atas segala sesuatu, maha pengampun lagi maha penyayang,” tulisnya di Instagram.

Menurut sumber, pasangan ini bercerai awal bulan ini di Kota Kinabalu, Sabah. Semoga Nazim dan Bella tabah dalam menghadapi kehidupan di masa akan datang.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group