Sufie Rashid, penyanyi, terkilan dan mendakwa Haqiem Rusli menggunakan ‘intro’ lagu yang disusun olehnya dan Haqiem tidak meminta keizinan Sufie untuk menggunakannya dalam lagu barunya, Selamat Tinggal Sayang.

Melalui gambar dan catatan yang di muat naik oleh beliau di laman Instagramnya, beliau mengatakan bahawa Haqiem menggunakan susunan muzik yang beliau buat dalam bentuk demo dan tidak memberitahu beliau untuk menggunakannya dalam lagu baru Haqiem.

Beliau bukan mahukan penghargaan atau bayaran, akan tetapi beliau hanya merasakan jika diminta izin dan mengikut prosedur yang sepatutnya adalah lebih baik.

Sufie juga mengatakan bahawa tindakan Haqiem mencuri idea orang lain dan kredit nama sendiri merupakan tindakan murahan dan lagu tersebut bukan ciptaan Haqiem sepenuhnya.

Jika benar perkara tersebut, diharap Haqiem Rusli dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan Sufie secara baik. Adalah salah jika kita mengambil hasil kerja orang tanpa memberikan penghargaan dan memberitahu terlebih dahulu.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group