Pelakon, Syafiq Kyle yang semakin terkenal dengan lakonan beliau dalam drama Nur, baru-baru ini mendakwa beliau mengalami kerugian besar setelah menjadi mangsa sindiket penipuan wang haram sebanyak RM40,000.

Syafiq Kyle mendakwa pihak sindiket itu telah menyamar sebagai pegawai bank dan meminta beliau memasukkan sejumlah wang ke dalam bank kerana didakwa beliau telah melakukan kesalahan.

“Mereka yang menyamar sebagai pihak bank dan pihak berkuasa meminta saya memasukkan wang ke akaun yang diberikan kerana kononnya saya pernah melakukan kesalahan.Semuanya berlaku dengan pantas kerana ‘lakonan’ mereka menerusi panggilan telefon bimbit yang diterima benar-benar menjadi.”

Beliau telah membuat laporan polis berkenaan isu ini dan berharap pihak polis dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

Nasihat kepada individu di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu urusan berkaitan wang ringgit dan jangan mudah terpedaya dengan penyamaran sindiket seperti ini.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group