Aliif Aziz dan Daiyan Trisha teruk dikecam penonton melalui Drama Sejuta Rasa Buat Adelia apabila melakonkan adegan-adegan yang tidak sepatutnya dilakonkan.
Mereka menjadi bualan penonton apabila melakonkan babak berpelukan ketika membuat kerabu mangga kerana penonton merasakan itu tidak relevan untuk babak memasak.Terdapat juga penonton meluahkan ketidakpuasan hati terhadap produksi Sejuta Rasa Buat Adelia ini kerana memilih babak yang boleh dikategorikan sebagai adegan intim yang terlampau.
Hampir kesemua penonton Drama Sejuta Rasa Buat Adelia memberi komen yang negatif terhadap lakonan yang dilakonkan oleh Aliff Aziz dan Daiyan Trisha itu.Selain daripada babak berpelukan, penonton juga tidak suka babak ketika Aliif Aziz dan Daiyan Trisha bercakap yang terlalu dekat jarak antara muka mereka.
Semua penerbit dan pengarah dalam industri ini perlulah mengambil kejadian ini sebagai iktibar supaya dapat memperbaiki karya-karya menjadi lebih berkualiti dan mendapat pujian penonton.Begitu juga dalam pemilihan strategi untuk mempromosikan sesuatu drama mahupun filem di tanah air ini.