Baru-baru ini Zizan Razak sering digosipkan mempunyai hubungan dengan pelakon cantik molek iaitu Mira Filzah oleh ramai dan beliau sudah terbiasa dengan situasi seperti itu.

Melalui wawancara mStar Online baru-baru ini , beliau berkata sebagai seorang selebriti, beliau harus sentiasa bersedia dengan soalan-soalan yang bakal diajukan kepada beliau terutama sekali berkaitan jodoh.

Bagi beliau, soal kahwin bukanlah soal yang remeh temeh kerana ia perlu melibatkan dua hati dan perasaan dan bukannya berkahwin mengikut rasa keinginan sahaja kerana berkemungkinan perkahwinan itu tidak akan bahagia.

Namun, beliau sudah mempunyai perancangan soal berkahwin dan menyatakan kemungkinan beliau akan menamatkan zaman bujang beliau pada tahun ini atau tahun depan.Beliau juga tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan kerana ingin memastikan perancangan itu berjalan dengan lancar dan sempurna.

Kita semua nantikan sahaja apabila Zizan Razak sudah bersedia untuk mengumumkan tarikh perkahwinannya kelak.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group