Pelakon Tony Eusoff yang terlibat dengan kontroversi dipenjarakan akibat memiliki dadah menyangka kerjaya seninya akan terkubur tetapi sebaliknya.

Dia yang baru sahaja dibebaskan dari penjara terkejut kerana dia masih lagi mendapat tawaran malah lebih banyak berbanding sebelum ini.

Ai kasi belanja satu monorail selfie dulu 📸 #klmonorail #i❤️kl

A post shared by Tony Eusoff (@tonyeusoff) on

Dia dikenakan hukuman penjara kerana dipercayai memiliki satu paket mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram bahan sayuran yang telah dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja.

Dia didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah di Singapura dan dipenjarakan selama lapan bulan tetapi dia dibebaskan awal kerana berkelakuan baik.

Kalau ada rezeki tak kemana, harap Tony belajar dari kesilapan dan tidak mengulangi perkara tersebut. Jauhilah dadah.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group