Vanidah Imran dan Rashidi Ishak merupakan pasangan yang masih kekal berkahwin di antara pasangan selebriti yang lain.Hubungan mereka sering menjadi idola ramai kerana masih lagi mengekalkan momen-momen manis meskipun telah mendirikan rumah tangga berbelas tahun lalu.

vanidah_imran_28154113_974654432686234_3031280530449498112_n

Sebelum ini kisah antara mereka telah tersebar mengenai pergolakan yang wujud di dalam rumah tangga mereka namun perkara itu tidak lama kerana setelah itu berita tentang mereka senyap dan tidak diperkatakan orang ramai lagi.

Terbaru menerusi Utusan Online, Vanidah dan Rashidi dikatakan sudah tidak bersama lagi dan ada juga yang mengatakan mereka sudah menyelesaikan kes mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.

Berikutan kes perpisahan antara mereka, Vanidah Imran dikatakan enggan memberi sebarang komen kepada isu ini dan masih kelihatan mempunyai hubungan baik sebagai kawan malah mereka juga dikatakan berpisah secara baik dan anak-anak diberi jagaan sepenuhnya di bawah Vanidah Imran.

vanidah_imran_34389262_262173941203023_5308440721563320320_n

Vanidah Imran dan Rashidi Ishak telah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.Hubungan mereka sebelum ini memang kelihatan sangat romantik dan tidak seperti pasangan yang mempunyai masalah.

Apapun, kita doakan agar berita tentang perpisahan mereka ini hanya sekadar khabar angin sahaja.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group