Seorang wanita cantik memuat naik catatan di laman sosial Facebooknya berkongsi detik duka dia diceraikan apabila suami dia curang setelah 7 tahun usia perkahwinan.

Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta kini runtuh disebabkan sikap suaminya sering curang dan kini dia diceraikan dengan talak yang ketiga.

Seringkali memaafkan kesilapan suaminya dan memberikan peluang berulang kali, dan kali ini dia tidak mampu memberikan peluang lagi kerana tidak sanggup bermadu.

Dia berharap yang suaminya takkan melupakan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak mereka dan akan bahagia dengan kehidupan baharu.

Dia memberikan nasihat kepada perempuan bujang diluar sana untuk tidak menjadi perampas dan meruntuhkan perkahwinan orang.

Semoga diberi kekuatan dalam menempuhi kehidupan yang baharu buat wanita tersebut demi diri dan anak.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group