Pelakon dan pelawak kumpulan Jozan, Zizan Razak yang muncul dengan program terbaru beliau bersama Johan setelah sekian lama Jozan menyepi tanpa lawak-lawak mereka kembali menghiburkan penonton baru-baru ini.

zizanrazak869_37317383_1000643926764217_5486232666602733568_n

Melalui wawancara mStar Online, Zizan Razak berkata beliau ingin menjadi diri sendiri dalam program terbaru Jozan iaitu Jozan Live namun dia akan tetap berhati-hati dalam menyentuh sensitiviti seseorang dalam setiap pertuturan beliau.

“Nak kata berhati-hati itu, tidaklah. Tapi Saya nak jadi diri sendiri. Masing-masing ada pendapat tersendiri.”

zizanrazak869_36791009_1675015492595934_5435460251878948864_n

Beliau juga berkata, program ini adalah bertujuan untuk menghiburkan penonton namun bukan senang untuk menggembirakan semua orang.Sebelum program tersebut berlangsung, beliau dan Johan bakal diberikan garis panduan dan berbincang supaya mereka dapat menjaga sensitiviti seseorang.

“Sudah tentu akan menjaga sensitiviti. Apa yang penting, program ini bertujuan untuk menghiburkan penonton.”

“Lagipun susah nak gembirakan semua orang. Macam mana pun, saya akan diberikan garis panduan dan berbincang sebelum program bermula.”

Tidak kurang daripada itu, Zizan menerima tawaran berlakon dari Indonesia yang berjudul Sepenggal Puisi dan menyatakan adalah satu kerugian sekiranya beliau menolak tawaran tersebut apabila turut digandingkan bersama pelakon-pelakon hebat dan sekaligus dapat menimba ilmu dan pengalaman dalam lakonan.

“Jalan cerita drama ini mengisahkan tentang kekeluargaan. Saya teruja menerima tawaran ini setelah melihat barisan pelakon senior yang hebat.”

“Kalau saya tolak, sangat rugi. Mereka bukan calang-calang pelakon. Saya harus rebut peluang berlakon dengan mereka.”

Zizan Razak bakal berlakon dengan pelakon ‘legend’ Indonesia, Christine Hakim dan pelakon-pelakon hebat, Erma Fatima dan Wan Hanafi Su dalam satu drama bersiri lapan episod, Sepenggal Puisi arahan pengarah filem Jendral Soedirman Viva Westi dan juga dibantu oleh pelakon lain iaitu Lisa Surihani, Hisyam Hamid dan Syafiq Kyle.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group