Baru-baru ini nama Zul Ariffin menjadi buah mulut orang ramai kerana tular beberapa gambar yang dipercayai miliknya bersama seorang gadis warganegara asing di Phuket, Thailand.

Zul enggan mengulas tentang identiti gadis tersebut dan tidak berkongsi lebih lanjut mengenai gambar yang dimuat naik olehnya dan gadis tersebut yang dikenali sebagai Tanya Glembotska yang kebetulan berada di lokasi sama pada tempoh yang sama.

Zul mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana walau apa pun yang dia katakan takkan mengubah tanggapan orang ramai terhadapnya.

Dia mengenali gadis tersebut ketika menjalani latihan seni mempertahankan diri bersama jurulatih antarabangsa di sana.

Mungkin ini semua kebetulan, kita haruslah bersangka baik. Jika benar mereka bercinta mungkin nanti Zul akan memberitahu kepada kita.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group